Terlerai satu cerita cinta. Memang perit terasa bila hilangnya cinta. Ianya pergi dengan putaran masa. Pasrah mula menguasai jiwa. Mengungkap kembali jendela kisah cinta. Ku sedar masih ternyata ada lagi cinta. Cinta hadir tanpa diduga. Cinta juga pergi tanpa dipinta. Ku akui makin lama kepenatan melanda. Kesengsaraan menyelubungi jiwa. Ku tidak mengharapkan cinta. Tapi ku tidak pasti apa yang ku rasa.
Ku akui dulu dan kini tiada yang berbeza. Senyumnya,tawanya,wajahnya,pandangannya mana mungkin akan ku lupa. Sekelip mata ianya tiada. Hati meronta ingin mencarinya. Ianya ada tapi seperti tiada. Lama ku menanti,terus berharap sesuatu yang pasti. Kini harapan tiada. Membuka hati tuk sang pencinta yang rela menerima. Tapi hati enggan membuka. Pelbagai cara sudah ku cuba. Tapi kegagalan yang menimpa. Hatiku hiba. Dari mula hingga kini ku tidak putus meminta agar memberi ketenangan jiwa. Ku terus meminta tuk melupakannya. Makin ku cuba makin sukar dibuatnya. Ku penat tuk terus mencuba, tapi tetap tidak bisa melakukannya. Bantu aku tuk melupakannya.
Sang pencinta sanggup menerima meskipun hati ini tidak mencintainnya. Sang pencinta sanggup menunggu meskipun hati ini tidak menyanyanginya. Ku buntu. Jika menerima,takut hatinya dikecewa. Biarkan takdir cinta menentukannya. Keputusan dibuat bukan tuk menyeksa. Tapi kini diriku didalam dilema.
No comments:
Post a Comment