ku tulis surat ini dengan titisan airmataku yang tiada henti dari detik ke detik. Ku tulis surat ini dikala hati tiada lagi mampu menahan nestapa yang mendera-dera peritnya luar biasa. Ku rasa ku adalah perempuan paling malang didunia, bahawa mengharapkan orang lain sesuatu tindakan yang perit sekali. Ku harus menelan keperitan tiada tara atas kesilapan ku ini. Yang mampu kini kulakukan hanyalah menangis dalam hati yang sengsara. Ku berusaha membuang rasa cintaku padamu jauh-jauh.umpama ku mencampakkan batu kedalam laut yang luas.seperti itu laa ku ingin membuang rasa cintaku padamu. Tapi apa kan daya sudah terlambat. Ku mencintai mu selama berbulan-bulan, memeramnya di dalam diri sehingga cinta itu benar-benar bersemi. Mungkin saat ini dirimu sedang berbahagia, namun diriku dalam saat ini paling menderita. Ku memerlukan kekuatan darimu, malah sebaliknya kau pula cuba berjauhan dariku. Andai kau tahu, jika boleh diputar kembali masa, kan ku pilih masa ku dan kau berteman rapat seperti dahulu. Kerna perhubungan itu lebih selesa dan tidak membuatkan diriku terasa seksa sebegini. Andai juga boleh diputar kembali, kan ku pilih tuk terus mendiamkan diri tanpa meluahkan apa-apa pun perasaan padamu. Kerna ku tidak sanggup kecewa. Rasanya sakit sepeti ditusuk2 beribu kali. Ku rindu saat dulu. Saat mula-mula ku kenal dirimu. Saat ku dan dirimu berkomunikasi seperti teman biasa. Tapi apa kan daya, semuanya telah terjadi. Biarlah takdir yang menentukan segalanya ;)
No comments:
Post a Comment